Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Sunday, June 14, 2009

Menanti Titian Masa

Menanti Titian Masa
Umpak, Anduping & Pari Pengisi Rawai
Ahad 14.06.2009 (Pagi)

"Landing time.., lepak-lepak di anak sungai
berdekatan JASRA"

'sambil-sambil menunggu kan membangkit rawai
padamit dan fian singah sekajap berjumpa penulis
yang sedang memancing di anak sungai berdekatan jasra'

'kanang jua bisdia ani kan kediaku'

Fian dengan ikan umpak hasil rawai yang di labuh
di Kawasan Periaran Muara

Fian & PaDamit.., ishhh caya tak itu Padamit????

'Rawai' yang mempunyai 91 permata (mata kail)
kriativiti asli hasil kerja tangan anak tempatan kitani..

Penulis: RAWAI merupakan sejenis alat penangkapan ikan yang telah lama digunakan oleh para nelayan di laut mau pun di sungai , Secara lazim nya rawai digunakan sebagai salah satu cara menangkap ikan "alternatif" ataupun penggantian terhadap penggunaan pancingan . Ini kerana konsep penggunaan Tali Utama, Perambut, Mata Kail dan Umpan tetap dikekalkan. Cara pembuatan rawai bergantung kepada pemilik atau nelayan itu sendiri. Sebenarnya banyak dikalangan orang-orang Brunei, yang mahir dalam pembuatan rawai. Penghasilan bentuk rawai yang diatur dengan cukup kemas mengikut kriativiti dan cita rasa masing-masing, namun pendedahan atau cara pembuatan rawai kurang di tonjolkan di Negara kita. Cara-cara pembuatan rawai cuma dipelajari dari orang tua (datuk, nenek atau bapa), abang atau teman-teman yang lebih berpengalaman. Mungkin ada diantara para pembaca yang lebih mengetahui dalam pembuatan rawai. Pekakas-pekakas pembuatan rawai atau mungkin terdapat petua-petua dalam penghasilan rawai. Kami mengalu-alukan kiriman awda cara-cara pembuatan rawai. Ini adalah untuk memudahkan dalam berkongsi pelajaran dalam penghasilan nya.


ikan umpak dan ikan anduping

'seekor ikan pari (pari bintik)
juga dari hasil merawai'

PaDamit barat pari atu padamit..??

'Sadang jua lah....., berat mata memandang berat
lagi bahu memikul bah... '



'bah kan berinut ku dulu.. tinggal tah ko sorang2 ditabing ani,
dibawa beperahu inda mahu.., macam-macam saja alasan yang kau
beri.., ahhh.... omogan gombal..!!!! bah..kan membangkit rawai kedua kami lagi..'

Penulis: 'hehehe...nanti-nanti time free berabis dalam dunia
aku join padamit & fian ah.., but malam lah.., koz malam sunyi &
sanang runding... hahaha... (bukan runding apa tu., malam inda panas bah)'


'Berat sama dipikul, ringan sama di jinjing..
barulah sama-sama berat, sama-sama ringan..'


"Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya ini baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan."

<> <<>> <> <<>> <> <<>> <>

0 comments:

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

















Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments


















  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP