Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Wednesday, March 11, 2009

Tiga Bulan Menantikan Mu

Ungah & Sembilang
Pantai Serasa (Ungah Garden)
11.03.2009 @ 05.45 Ptg.

Ikan Ungah
yang beratnya kira-kira 1/2 kilo

Ikan Sembilang


Penulis: Rabu, 11.03.09 jam 5.45 ptg, seperti biasa di perairan pantai serasa (ungah garden) dengan menggunakan 'ambur' dan berumpankan kembura, kira-kira 15minit melabuh umpan pertama, kerikan ditarik perlahan, mulanya disangka ketam, "fuhhhh.. katam lagiii..,dibintur inda ia ada" (bercakap dalam hati) , " ehyy..tapi inda jua, kuat tariknya ani" selang beberapa saat kelihatan ciri-ciri nanagan ikan ungah.., "wahh ungah..." ikan yang dinanti 3 bulan lamanya akhirnya diperolehi jua.

"Angin kencang menghembus di pipi,
Hujan menitis membasahi bumi,
Tiga bulan lamanya ku menanti,
Kini unggah belurih ku lagi.."


Hasil tangkapan kedua: Seekor ikan sembilang, kira-kira 7lalu malam, keadaan cuaca hujan dan berangin, juga dengan menggunakan umpan kembura yang dikerat dua.

"Badan licin laksana belut,
Dipegang awas terkena sengat,
Ditarik kekiri kekanan pun ia ikut,
Rupanya sembilang pula yang tersangkut."

--------------------------------------------------------------------------

Hasil Tangkapan sebelumnnya
Ikan Sembilang & Ikan Umpak

Ikan Sembilang


Ikan Umpak


0 comments:

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

















Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments


















  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP