Sembilang Lagiii..
Pantai Serasa (Unggah Garden)
Khamis 12.03.09 @ 05.30 Ptg.
Ikan sembilang berat
kurang dari 500g.
Rod: Shakespeare Sigma
Spool:Shakespeare Dimension
Line: Berkley Big Game 20lbs
Umpan: Kembura Bekarat
Bawang putih dan bawang merah,
Mari mendekat kepada ayah,
Eting sembilang membawa padah,
Bisanya masuk kedalam darah.
--------------------------------
Ruangan Mari Belajar Memasak
(untuk pemacing-pemacing lelaki sahaja)
'Taunya cuma tangkap ikan, tapi masak engak bisa'
RESEPI SEMBILANG BAKAR
MASAK LEMAK CILI API
2. Lulur/ Sapukan campuran serbuk kunyit yang bercampur sedikit minyak dan garam secukup rasa. Sekiranya hendak lebih pedas, campurkan cili padi tumbuk.
3. Setelah selesai, ikan sembilang tadi bolehlah dipanggang sehingga kulitnya kelihatan sedikit hangus.
4. Selesai dipanggang, ikan dipotong kecil-kecil agar mudah dimasukkan dalam kuali dan bila dimasak nanti rasa lemaknya cepat masuk kedalam isi ikan.
Langkah Kedua:
1. Sediakan bahan-bahan seperti 4 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, 2 inci perambut berkely 20lbs ahh.., <-- "jgn di ikut ni..," sedia kan 2 inci halia bah.., 5 inci kunyit, garam secukup rasa, lada padi secukup rasa, cili putih 14 biji, bunga cengkih 3 ketul, seketul kayu manis dan sepotong serai serta air santan (sebiji kelapa).
2. Semua bahan tersebut hendaklah dikisar kecuali cengkih, kayu manis, serai dan air santan.
3. Tumislah bahan yang telah dikisar sehingga menggeluarkan bau wangi. Masukkanlah bunga cengkih dan kayu playwood.. hehehe :) "kayu manis wah ehyy.." diikuti sembilang yang telah dipotong kecil-kecil tadi. Selepas seminit digaul atau 'di uwar-uwar nya orang kitani' sehingga sebati, masukkanlah santan kelapa (santan piasau).
4. Rebuslah ikan sembilang tersebut sehingga air santan mendidih. Kalaukan makan, lebih sedap semasa ia panas panas suam.
Wassalam. Selamat mencuba... :)
0 comments:
Post a Comment