Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Sunday, February 10, 2008

Karnival Perikanan 2008


Ahad 3hb Feb.2008,
Acara Penutup Karnival Perikanan 2008
Kompleks Pendaratan Ikan Muara.

Kernival Perikanan 2008 yang dibukakan untuk kunjungan orang ramai telah pun berlangsung selama 4 hari bermula pada 31hb januari hingga 3hb Februari 2008 di Kompleks Pendaratan Ikan Muara .



Hari Ahad, 3hb Feb 2008 adalah Majlis Penutupan Rasmi Karnival Perikanan 2008 dan Tetamu Kehormatnya pada hari itu Yang Mulia Hajah Hasnah Binti Ibrahim Pengarah Perikanan Negara Brunei Darussalam.





Berbagai ragam dan aksi peserta peraduan memancing









Peraduan Meneka Berat Seekor Ikan Selungsong
Setiap Penyertaan dikenakan $1.00



Pameran Spesis-Spesis Ikan dan Udang



Ikan Kerapu

Ikan Selungsong
Comman Name: Seabass
Scientific Name: Lates Calcarifer

Udang Harimau
Comman Name: Tiger Shrimp
Scientific Name: Penaues Monodon

Ikan Kerapu Tikus
Common Name: Mouse Grouper
Scientific Name: Cromileptes Altivelis




Mr. So What sedang menghayati keindahan alam sekitar sewaktu mengikuti peraduan memancing yang di adakan pada hari itu.

Ikan Pila-Pila
Ikan Pila-Pila adalah diantara ikan2 yang diperolehi pada hari itu

Walaupun cuaca sedikit panas pada hari itu, namun para peserta memancing masih tabah dan sabar dalam menantikan umpan dimakan ikan.

Ikan kerapu, ikan pila-pila dan beberapa ekor ikan belais,
dan anak ikan ketambak

Dua buah kapal yang di miliki oleh
Jabatan Perikanan Negara Brunei Darussalam

Media Permata 4hb Februari 2008, Isnin.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Karnival Perikanan 2008 terus mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung sejak ia dilancarkan pada Khamis dan hari ini merupakan hari terakhir karnival itu dibukakan untuk kunjungan orang ramai.

Kompleks Pendaratan Ikan, Muara yang dijadikan sebagai tapak karnival disertai oleh seramai 46 pengusaha yang berkecimpung dalam industri perikanan dan 22 peserta dari agensi kerajaan termasuk swasta.

Karnival tersebut merupakan kali keenam diadakan sejak 2001 bagi mempromosi produk perikanan selain menggalakkan orang ramai untuk membeli produk tempatan.

Ia juga bertujuan untuk mengetengahkan kegiatan perikanan sebagai salah satu kegiatan ekonomi, mempromosikan kegiatan ekopelancongan melalui aktiviti memancing serta meningkatkan kesedaran akan projek perikanan yang telah dan akan dilaksanakan.

Karnival itu turut memfokuskan kepada tiga perkara utama iaitu mempromosi industri pemeliharaan ikan hiasan, mempromosi kempen 'makan ikan' dan mempromosi sektor eko-pelancongan perikanan.

Pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan lagi suasana karnival seperti memancing di jeti/takat perairan Brunei menggunakan kapal atau perahu, peraduan memancing bagi kanak-kanak, fear faktor, finding nemo, meneka berat ikan dalam akuarium, peraduan mewarna, memproses produk perikanan dan demonstrasi masakan makanan laut.


Terima Kasih diucapkan kepada penyumbang gambar-gambar di Karnival Perikanan 2008, Negara Brunei Darussalam.

"Gambar di sumbangkan oleh Pemutus Asa"

0 comments:

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

















Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments


















  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP