Cabaran Pancing 2008
Kg.Sungai Matan, Mukim Kota Batu
Ahad, 3 Safar 1429H Bersamaan 10 Februari 2008
0800 pagi - 05.00 ptg
08.30 pagi-Waktu menantikan acara cabaran memancing bermula
kalau dua permata hukumnya makruh tu..inda di asi tu..nya bisdia.."
Beberapa teman N^S^Z sedang menantikan acara memancing bermula.
jendela rumah ganya iaaaaaaaaaaaa......ahh"
(Nah...putus asa tah kami ni nahh..., kalah tah ni nah leh si alai ani nah..)
- Kategori A- Memperolehi Ikan 50g keatas dalam masa 30 minit.
- Kategori B- Memperolehi Ikan yang paling berat.
- Kategori C- Memperolehi jumlah tangkapan yang banyak (ikan yang berat 50g keatas)
Dalam acara meneka jumlah banyak kupang dalam aquarium: $1.00 setiap satu tekaan.
Jumlah Banyak Kupang : 724 biji ( dua orang yang terpilih untuk diundi sebagai pemenang, apa bila tekaan mereka berdekatan dengan jumlah sebenar)
cuaca pula mendung
Air..surut..!!masuk keparut...!!air pasang masuk ke asang...!!
beranang-ranang sambil senyum-senyum bawah jambatan ani..!!" mana tia.??
takut ujan kah...???
(bukan nya takut ujan..., takut basah wah ehy..)
"walau ujan...,ribut taufau sekali pun datang melandaa....!! namun.. kelibat warna-warna sisik ditubuh mu...!! wahai ikan...masih tetap menjadi pujaan hati ku!!" ...(,')...
"Ohhh..dang malai.., buah hati nyawa pengkalan pisang...., berenang-renang tah kau dahulu.. bergumbira-gumbira tah hati kedikami di kenaikan mu nanti...sayang...!!!" (hahaha.. kalau time kan mau belurih lauk atu..macam2 madah dan kata2 indah tekeluar...)
Perlumbaan Berkayuh Perahu Jumpong
Media Permata - Isnin 11Februari 2008
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Awang Mohd Norzirun Haji Abdul Halik dinobatkan jaguh pancing dalam pertandingan cabaran Pancing 2008 anjuran Majlis Perundingan Kampung Sungai Matan (MPKSM) dengan berjaya menangkap ikan Selungsung seberat satu kilogram.
Beliau meninggalkan Sufina Haji Abas di tempat kedua dan Jumat Haji Akim di tempat ketiga dan dalam cabaran dwitahunan hari ini Haji Shahrizan berjaya menangkap ikan pertama pada pukul 9.30 pagi.
Bagi kategori berkumpulan pula dimenangi Swat Dewa dengan tangkapan berjumlah 24 ekor diikuti Kumpulan Rosyalin 13 ekor dan di tempat ketiga Seri Rimba dengan tangkapan sembilan ekor.
Bagi kategori membintur ketam pula kesemua hadiah digondol peserta tuan rumah Kampung Sungai Matan iaitu Hajah Rogayah Haji Salleh tempat pertama, Abdul Hafiz Haji Abdul Halik dan Waliyudin Haji Romi di tempat kedua dan ketiga.
Cabaran Pancing kali ini dimeriahkan dengan beberapa pertandingan lain antaranya perlumbaan mengayuh perahu tradisional (Jumpong), peraduan mewarna, peraduan meneka jumlah kupang dan peraduan meneka kata.
Kira-kira 120 peserta terbabit dalam cabaran pancing kali ke-5 tahun ini dari seluruh pelosok negara yang bertujuan untuk mengutip derma bagi Tabung Anak-anak Yatim di samping menambahkan tabung MPKSM.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Pegawai Pentadbiran Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Haji Omar Haji Abdul Rahman.
Penulis: Kami dari N^S^Z mengucapkan tahniah kepada Majlis Perundingan Kampong Sungai Matan, Mukim Kota Batu kerana dengan jayanya mengadakan Cabaran Pancing 2008, diharap aktiviti-aktiviti seumpamanya akan dapat di adakan lagi dikemudian hari, dan tidak lupa juga kami ucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua penduduk Kampong Sungai Matan kerana menanamkan sikap ramah mesra biskita dengan para perserta dan hadirin pada hari itu.
0 comments:
Post a Comment