Ikan Pari
Perairan pantai serasa (berdekatan dais)
Rod: SS Sigma 6"6.
Reel : SS Caltera 6bb.
Perambut: 20lbs Berkely Ironsilk panjang setangah dapa
umpan: udang hidup $1- 8 ekor.
Berat: Kira2 3kg labih.
"Cakap2 Pasal Ikan"
Ikan Pari atau nama saintifiknya Dasyatis uarnak,ikan pari jarang sekali menyerang manusia, mulutnya yang kecil bukanlah ancaman buat manusia, berhampiran pangkal ekor ikan pari terdapat 2 ke 3 taji (eting).Hujung ekornya boleh menjadi keras dan tegang apabila ikan pari merasa terancam, taji ikan pari memiliki bisa yang mengancam pemangsa, sebahagian besar racun itu adalah toksin berasaskan protein yang menyebabkan kesakitan pada mamalia dan boleh juga mengubah kadar degupan jantung dan pernafasan.Terdapat kira-kira 200 spesies ikan pari. Ia terdapat di kedua-duanya air tawar dan di lautan.
Tuka-Tuka
Dua lah tiga kucing berlari, manakan sama si kucing belang
dua lah tiga pari ku cari, mana kan sama tuka2 ku sayang.
"Pantun dua kerat"
"Tangkap dan Lepas"
Pesanan Dari Kami
"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"
0 comments:
Post a Comment