Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Friday, November 20, 2009

Tamasya Ikan Ungah Di Ungah Garden Serasa

Riuh Rendah Para Pemancing
Dilayani Dengan Santapan Ikan Ungah
Peranginan Pantai Serasa 'Ungah Garden'
Negara Brunei Darussalam 20hb November 2009

Hari ini, adalah hari yang paling bertuah bagi kebanyakan pemancing yang berkujungan di Peranginan Pantai Serasa. Para pemancing di kejutkan dengan santapan ikan-ikan ungah yang dianggap paling banyak memakan umpan yang dilabuh serta dianggap serangan ungah pada hari ini sangat berlainan dari hari-hari yang lalu. Pemancing yang berjaya memperolehi ikan ungah pastinya tersenyum lebar, dan pemancing yang terlepas memperolehi ikan ungah disebabkan terputus tangsi atau terlucut dari mata, kail pastinya merasa hampa. Walau pun hampa, namun kepuasan melayani tarikan ikan-ikan ungah di UG pastinya menyeronokan dan membuatkan pemancing ingin mencuba dihari yang akan datang. Di seawal pagi hingga kepetang, bilangan para pemancing kian bertambah. Ini membuatkan kail bertindih tindih (tepangkah nya bisdia), namun pemancing di sini saling faham memahami diantara satu dengan yang lain, ruang tempat diberikan bagi sama-sama menikmati keseronokan memancing.


Mr.Cowboy
dengan hasil pancingan beliau.. seekor ikan ungah (ikan ungah pertama)
yang dipancing dengan berumpankan kepala ikan kembura.

 

 
Riang ria rakan pancing kita., dan dengan kesabarannya
beliau memperolehi ikan ungah kedua.
'walau pun pada awalnya tangsi terputus sahaja, namun rezekinya tetap ada'
'Tahniah'
 
Pemancing Ungah Garden Serasa
dengan seekor ikan ungah hasil pancingan Awg.Raman
'sekilo labih ada tu..'
Pemancing Perempuan Tunggal
adalah diantara pemancing yang paling banyak beroleh tiga ekor ikan ungah pada hari itu.
' Rezeki Allah Ta'ala wang.., Memakai kembura bekarat-karat
ganya ku.., tangsi cina 25lbs ganya wang.. Alhamdullilah...ada jua kan dibawa balik'


Penulis: Kagum kami dengan keupayaan maci ani, dengan menggunakan set joran ringan 'joran sama spool biasa sajanya,  dengan berbekalkan sedikit pengalaman yang ada  beliau menaikan ikan ungah 2kg, 1.6 & 1.5kg.


Memang sudah menjadi kebiasaan para pemancing yang beroleh lebih dari 2 ekor ungah, pastinya akan ditawarkan untuk menjual ikan ungah yang diperolehi. Pemancing-pemancing di serasa selalunya dangan iklas hati menjualkan ikan-ikan ungah ini dengan harga yang berpatutan. Kalu kawan-kawan $10 saja sekilo, Tetapi terdapat juga para pembeli yang sanggup menawarkan dengan harga $12 ke $15 sekilo.

NSZ mengucapkan tahniah buat maci munah... mudahan beroleh lagi rezeki di hari akan datang Amin.


 Selang beberapa minit.., nahh naik lagi ikan ungah..

 
 Si Shah..,ini adalah ikan ungah yang kedua hasil pancingan beliau
'malar putusnya...., kali ani inda lagi menghampakan ni bro..'

 
 Ikan ungah ketiga... selang beberapa minit ikan ungah kedua diperolehi..
'wahhh...rezeki banar  wang hari ani, sangal jua tangan menariki ungah ani.,'
Angaran ketiga tiga ikan ungah yang diperolehi.. sekilo lebih keatas...


 
'Inda tia lapas kali ani..'


Beginilah suasana memancing di UG, Tangsi dipegang, agar terasa tarikan sang ungah yang kerap kali membuatkan para pemancing untuk lebih berawas-awas.

' Acaii.., baik di pigang tangsi atu.., lambat menariki..dibawanya
menyangkut tu, hampa ulihnya tue cai..'

 
 Ikan ungah yang beratnya hampir 2 kilo ini, hasil pancingan
Awg.Raman.., hampir menyamai ikan ungah pertama yang diperolehinya di petang hari.
'Tahniah.. 2 ekor... jadi tah.. '
'Mulih ku dulunya.., bagi chance orang lain...'

 
'Hari ini tak menghampakan...., walau terputus
tangsi pada tarikan kedua.., namun tarikan pertama ikan ungah
sudah cukup untuk dibawa pulang.., syukur...alhamdullilah'



  
'Tiada bertimbang.., angaran saja... kalau lurus jua tu timbangan
tangan atu.. 1 kilo labih ada ni.., Allahuaklam..'


Tahniah buat semua pemancing-pemancing Ungah Garden Pantai Serasa, jumlah keseluruhan ikan-ikan ungah yang diperolehi. Di waktu Pagi hari, Tuan Haji Matali 6 ekor ikan ungah dan 1 Ikan Kerapu (Berat sekilo lebih semua), Tuan Haji Mohamad 2 ekor ikan ungah (Berat Mau tanya si echobiru ni., kedia menaikan seekor) Echobiru, kana pangkah tia nahh..kerikan sumpak atu bro.. hehe, Si Boboi 2 ekor ikan ungah (Berat sekilo lebih), Sebelah petangnya, Ikan-ikan ungah yang diperolehi oleh Awg.Karim Bersama Isteri (maci yang heng.., 3 ekor ikan ungah), Si Shah 3 ekor ikan ungah, Bro..Cowboy.. 2 ekor ikan ungah dan seekor ikan kerapu.., Awg.Raman 2 ekor ikan Ungah.., dan saya sendiri 1 ekor. Jumlah keseluruhan ikan ungah yang diperolehi hari ini 22 ekor.., dan ikan kerapu 2 ekor. Malam inda tahu.. berapa ah., semasa penulis balik dari UG jam 8 malam, masih ramai kaki2 pancing mencuba nasib disana. Mudahan semua beroleh rezeki. Amin.

 Penulis: NSZ mengucapkan terima kasih kepada semua para pemancing yang budiman pemancing Ungah Garden Serasa, kerana kesudian biskita untuk diambil gambar, spoting biskita kan kami kenang, dan dikemudian hari dan waktu kami mendoakan semoga kesemua pemancing serasa di berikan lagi rezeki. Amin
Sekian wassalam.
----<'<, <<<<<<<>>>>>>> @,>'>----

Read more...

Thursday, November 19, 2009

Ungah Masih Ingat Padaku

Mencuba Nasib Di Waktu Malam
'Ungah Garden' Peranginan Pantai Serasa
Negara Brunei Darussalam
19hb November 2009 (Malam 07.00 - 09.00)

Hari ini 19.11.2009 bersamaan hari Khamis, Penulis mencuba nasib untuk memancing ungah berseorangan di Ungah Garden Pantai Serasa. Setiba disana, kelihatan ramai para pemancing yang sedang asik melabuh kail masing-masing.  Rakan-rakan pemancing ungah serasa, paci hassan, Shah, dan Acai.  'Ada sudah lurih tanya ku' dalam senyuman, Acai...sudah menaikan dua ekor ikan ungah yang beratnya 1.6kg, dan 1.4kg. 'Wahh...makan besar si acaii... hehehe'

Hari ini menurut paci hassan yang memancing di pagi hari, beliau telah pun berolehi 2 ekor ikan ungah dan seekor darinya 3kg 'wahh atu basar' . 'Iatah kooo nahh.., nada tadi siang, mun inda dapat jua ko gambar nya rah kediaku'. Jumlah keseluruhan menurutnya lagi pagi dan petang, sebanyak pebelasan ekor ungah berjaya di perolehi. 'wahhhh... bagus banar ungah nya ari ani paci...' Haji matali pun ampitnya..... syukur alhamdullilah semua2 ampit.


 Ungah si Acai...
'kamera inda tarang..sori.. seekor ganya dapat ku gambar,
yang seekor lagi swimming ia dalam air..'


 Ikan Ungah.. Si Shah..,
'wahh ani pun lebih kurang jua basarnya.., mengikut timbangan rakan
disana..berat ikan ungah ini 1.6kg..'

 
'I...pun lurih juga... hehehe'
'aku ani gayanya mesti turun solo ni baru ada heng'

Syukur alhamdulillah..., ikan ungah masih ingat padaku...lagi.' Selang beberapa saat saja umpan kembura diumban di dalam air,'alum lagi sampai ketanah bah kembura ah masih lagi melayang layang mengikut arus, udah cia diranjatnya...' cun-cun dapan mulutnya kali kembura kutalangi atu... hehehe..'

 
 Timbangan Rakan di UG., berat ikan ungah 1.5kg
 
 

" Air pasang diwaktu malam,
Kembura di umban berdekatan batu,
Rindu pada mu kian mendalam,
Itu lah ungah yang masih ingat padaku."

"Ikan Buna didalam kolam,
Kepunyaan orang gagah perkasa,
Jika ingin memancing malam,
Ingat ular ada disana."

"Memandu boat begitu laju,
umpama berlumba didalam perahu,
Ungah Garden sedari dulu,
memang terkenal dengan ungah batu".

Read more...

Wednesday, November 18, 2009

Ungah Lagi

Trip Memancing Di Pancang Hijau 'Sawar'
Perairan Muara 25/10/2009



Gambar di kirimkan oleh rakan NSZ, Hj Hazrin dengan seekor ikan ungah yang dipancing di kawasan perairan Muara yang beratnya 2 kilo. 



 'tahniah buat Hj Hazrin'

Penulis: Terima kasih kami ucapkan buat Hj Hazrin, kerana berkesudian untuk mengirimkan gambar hasil pancingan beliau kelaman blog NSZ bagi tatapan dan dikongsikan bersama. Sekian Wassalam.

Read more...

Ibarat Merpati Dua Sejoli.

Peranginan Pantai Serasa 'Ungah Garden'
17hb November 2009 (Pagi)

Tuah Sepasang Suami Isteri, Rezeki Berpasangan Ikan Unggah


Pemancing veteran yang telah lama
memancing disini masih mampu menaikkan seekor ikan ungah yang beratnya 1.3kg
'makai kerikan saja makci lai...'



Selang 5 minit ikan ungah pertama, Sang Suami juga menaikan seekor
ikan ungah kedua yang diperolehi oleh Awg.Karim yang beratnya 1.5Kg
'Paci pun memakai kerikan jua lai'


 Sudah menjadi kebiasaan, ikan-ikan ungah yang diperolehi akan
disimpan dan dihidup kan di dalam air bagi mengkekalkan kesegerannya.




 Rasa puas di dalam hati..bagi sepasang suami isteri yang mendapatkan 2 ekor ikan ungah pada pagi hari itu, menurut isteri Awg.Karim tiga seminggu yang lalu mereka juga memperolehi dua ekor ikan ungah di tempat yang sama.

'Selalu maci memancing ikan belais, basar-basar jua belaisnya sini ani ni wang, sambil-sambil memancing belais atu, melabuh kerikan jua ku., sama lah umpan kembura jua kedikami memakai.'


'meriah..,kelihatan beberapa orang pemancing sedang asik memancing
ikan belais dan ikan belanak.
 

Riadah bersama keluarga, Mengisi waktu bersama keluarga.
Anak-anak terkawal, Ibu Bapa merasa gembira.

Read more...

Tuesday, November 17, 2009

Ungah Terlepas, Ketumbang Sebagai Ganti

Peranginan Pantai Serasa 'Ungah Garden'
Negara Brunei Darussalam
17hb November 2009 (Pagi)



Walau tiada berolehi ikan ungah pada hari ini,
namun rasa hampa terobat, ikan ketumbang sudah cukup
untuk dibawa pulang oleh Mr.R pada hari ini..

'lauk mahal nie, tahniah bro..'




Jika diperhatikan pada bentuk ikan ketumbang serasa ini, ianya seakan mirip seperti ikan ungah., namun  terdapat perbezaan yang ketara pada warna badan ikan ini,  yang bergaris-garis merah, sirip berwarna kuning dan dibahagian kepala serta pipinya yang berjalur berwarna warni. Rasa-rasanya..,ketumbang perairan pantai serasa, dengan ketumbang perairan pantai tungku terdapat sedikit perbezaan dari segi warnanya.
 

'Basar mcm ani pun kuat jua nie..tarikannya...'

Penulis: Ucapan terima kasih untuk bro.. Mr.R, kerana kesudiannya untuk disimpan gambar hasil pancingan beliau dilaman dada blog NSZ..., untuk dikongsikan bersama. Sekian, Wassalam.
<<>><<<>>><<>>

Read more...

Monday, November 16, 2009

Ungah Garden Punya Cerita

Peranginan Pantai Serasa 'Ungah Garden'
Negara Brunei Darussalam
16hb November 2009 (Petang)

Belais, Belais Tembaga & UngahMenjadi Sajian

 Setiap hari di Pantai Peranginan Serasa sememangnya tidak putus-putus menerima pengunjungnya, pagi, tengah hari, petang, malam hinggakan disubuh hari pun masih terdapat para pengemar aktiviti memancing akan
mengisikan tempat yang sesuai untuk melabuhkan kail. Tempat yang paling popular adalah batu melintang 'Ungah Garden' Pantai Serasa. Di sebelah petangnya penulis turun bersendirian, untuk mencuba nasib disana. Kelihatan pada hari itu, sudah ramai pemancing mengisi tempat kosong untuk melabuh kail. Tn Haji Jamil telah memperolehi seekor ikan kerapu diketika penulis baru sampai disana. 'wahhh...lama inda nampak..nie..nya rah kediaku..' jawapku... biasa paci..... sibuk bekeraja...'hehehe


Bro..akil.., balah patang aku ngail belais saja.
'ungah pagi udah naik ulih ku...'




'Lawa ikan ani'
 Belais tembaga.. yang dipancing dengan
menggunakan umpan bubuk.


Terdapat tiga ekor belais tembaga, dan beberapa belasan
ekor ikan belais yang dipancing oleh bro akil.


Doa Sayangku Ellysha Kepada Ayahnya

Sebelum penulis bertolak ke Peranginan Pantai Serasa, penulis sempat bergurau senda dengan anakanda Sayangku Ellysha.., 'Ellyshaa... babah turun memancing kajap ahh...., doakan babah dapat ikan ahhh..., Sayang ku Ellysha cuma dapat tersenyum....dan tertawa...' . Senyum dan tawanya mungkin menjadi doa dan rezeki kepada ku, dan aku kembali dengan selamat dari memancing dan menemukan ia bersama ku lagi.. mudahan dilain hari dan waktu. aku akan membawanya untuk memancing bersama disana.. 'hehehe inda tah ku sorang2 mengail lagi tue nanti..Amin..amin...

   

  Penulis bersama anakanda Sayangku Ellysha..
'gambar sama ikan sayang ah.. buat kenangan kitani dikemudian hari nanti'



Penulis bersama anak buah, Sayangku Farisha
'nie nakal sikit, tangannya kan memingang ikan saja..'


Seperti biasa, penulis menggunakan umpan kembura, dan masih mengkekalkan teknik lama, guna kerikan saja., tangsi 50lbs, mata kail VMC saiz 8, umban 8-10 dapa saja. 'Inda belaku menalangi jauh-jauh., belawan angin.., tetapi.. air pasang.., atu yang bisai... Alhamdullilah..., seekor ungah berat angaran 1kg lebih berjaya diperolehi, walaupun pada mulanya.. tiga kali kerikan diranjat.. namun inda merait tuee...!!! nya bisdia.

Sekian Wassalam.
<<<>>> <<<<<>>>>> <<<<>>>> <<<<<>>>>> <<<>>>

Read more...

Sunday, November 15, 2009

Rezeki Berganda 'Lubuk Penyu' UG

Perairan Peranginan Pantai Serasa
'Ungah Garden'
Negara Brunei Darussalam
15November 2009 Ahad (Pagi)

Hari ini, ahad jam lebih kurang 7 pagi, penulis kembali kesini 'unggah garden' untuk mencuba nasib manalah tahu ada ungah yang sudi menyambar umpan kembura yang baru saja di beli dari rakan di Kg.Serasa. Di awal sudah ramai pemancing-pemancing yang memancing disini. Keadaan air yang bergerak pasang dan telah ada para rakan pemancing disini yang telah menaikan ikan ungah.


Mr.R., yang sedang menyediakan kerikan
hari ini cuma memperolehi baby ungah...,
'baik jua.. ada juakan dibawa balik'


Suasana memancing di hujung batu 'unggah garden' Pantai Serasa 'dulunya..tempat ujung ani yang banyak berolehi ikan ungah ni.., namun pada hari ini ia kelehatan lesu, tiada santapan..., alaum tah jangkanya kali tue'.


'Lari ketangah tia udah usul2nya ungah hari ani...' 



Pemancing yang paling termuda pada hari ini.,
'jauh jua ia menalangkan umpan ikan kemburanya...nie..
alah jua ku...'

Lubuk penyu..'ungah garden' bukan cerita...
Ini lah pemancing yang bertuah dan yang mula-mula sekali menaikan seekor ikan ungah yang beratnya dianggarkan mencecah sekilo lebih..'paning paci hasan memikirkan awal2 ni., atu kan banyak kerikan dilabuh, umpan tuan haji.. jua dimaukannyaa.. astee...'



Wafi..aka.Echobiru.. ini lah hasil pancingan beliau..
seekor ikan kurapu.., ikan kedua yang diperolehi pada pagi ini.
'kasi chance boss dapat dulu...wafi..'


Banar-banar.. ada heng niee..
setiap kali turun.., pastinya tiada menghampakan
Amin..amin.. mudahan selalu berezeki..


'ada 2 kilo usulnya?'
2.2Kg baratnya...


Ini adalah ikan ungah ketiga yang diperolehi.., berat lebih kurang
sekilo lebih, hasil pancingan Paci Hassan.. (tapi yang memigang lauknya Tn Hj..)
terima kasih tuan haji..., baru ia spoting.... :)



Aksi Paci Hassan yang sedang memeriksa umpannya....
'pemalu paci hassan ani.. hehehe.. btw tahniah pada paci hassan'



Dan disaat terakhir diketika penulis hendak pulang, sekitar jam 9 lalu, seekor lagi ikan ungah kelima berjaya diperolehi.. oleh pemancing lama., orang lama.. cuma tiada dalam gambar.., pasal ungahnya berandam  dalam air dan masuk dalam batu.

Penulis inda belurih hari ani., ungah inda kenal aku lagi.. hehehe. Akhir sekali, penulis mewakili Blog NSZ mengucapkan terima kasih kepada semua pemancing-pemancing Ungah Gerden Serasa... semua spoting2 dari pemancing lama hingga ke pemancing baru. Terima kasih atas kesudian biskita semua diambil gambar dan disimpan kedalam blog ini bagi memperkenalkan lagi keindahan dan ke unikan memancing di Peranginan Pantai Serasa.

 Sekian Terima Kasih Mudahan dimurahkan rezeki semua.. Amin.

Read more...

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

















Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments


















  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP