Brunei Time
Friday, November 20, 2009
Riuh Rendah Para Pemancing
Dilayani Dengan Santapan Ikan Ungah
Peranginan Pantai Serasa 'Ungah Garden'
Negara Brunei Darussalam 20hb November 2009
Hari ini, adalah hari yang paling bertuah bagi kebanyakan pemancing yang berkujungan di Peranginan Pantai Serasa. Para pemancing di kejutkan dengan santapan ikan-ikan ungah yang dianggap paling banyak memakan umpan yang dilabuh serta dianggap serangan ungah pada hari ini sangat berlainan dari hari-hari yang lalu. Pemancing yang berjaya memperolehi ikan ungah pastinya tersenyum lebar, dan pemancing yang terlepas memperolehi ikan ungah disebabkan terputus tangsi atau terlucut dari mata, kail pastinya merasa hampa. Walau pun hampa, namun kepuasan melayani tarikan ikan-ikan ungah di UG pastinya menyeronokan dan membuatkan pemancing ingin mencuba dihari yang akan datang. Di seawal pagi hingga kepetang, bilangan para pemancing kian bertambah. Ini membuatkan kail bertindih tindih (tepangkah nya bisdia), namun pemancing di sini saling faham memahami diantara satu dengan yang lain, ruang tempat diberikan bagi sama-sama menikmati keseronokan memancing.
Mr.Cowboy
dengan hasil pancingan beliau.. seekor ikan ungah (ikan ungah pertama)
yang dipancing dengan berumpankan kepala ikan kembura.
Riang ria rakan pancing kita., dan dengan kesabarannya
beliau memperolehi ikan ungah kedua.
'walau pun pada awalnya tangsi terputus sahaja, namun rezekinya tetap ada'
'Tahniah'
Pemancing Ungah Garden Serasa
dengan seekor ikan ungah hasil pancingan Awg.Raman
'sekilo labih ada tu..'
Pemancing Perempuan Tunggal
adalah diantara pemancing yang paling banyak beroleh tiga ekor ikan ungah pada hari itu.
' Rezeki Allah Ta'ala wang.., Memakai kembura bekarat-karat
ganya ku.., tangsi cina 25lbs ganya wang.. Alhamdullilah...ada jua kan dibawa balik'
Penulis: Kagum kami dengan keupayaan maci ani, dengan menggunakan set joran ringan 'joran sama spool biasa sajanya, dengan berbekalkan sedikit pengalaman yang ada beliau menaikan ikan ungah 2kg, 1.6 & 1.5kg.
Memang sudah menjadi kebiasaan para pemancing yang beroleh lebih dari 2 ekor ungah, pastinya akan ditawarkan untuk menjual ikan ungah yang diperolehi. Pemancing-pemancing di serasa selalunya dangan iklas hati menjualkan ikan-ikan ungah ini dengan harga yang berpatutan. Kalu kawan-kawan $10 saja sekilo, Tetapi terdapat juga para pembeli yang sanggup menawarkan dengan harga $12 ke $15 sekilo.
NSZ mengucapkan tahniah buat maci munah... mudahan beroleh lagi rezeki di hari akan datang Amin.
Selang beberapa minit.., nahh naik lagi ikan ungah..
Si Shah..,ini adalah ikan ungah yang kedua hasil pancingan beliau
'malar putusnya...., kali ani inda lagi menghampakan ni bro..'
Ikan ungah ketiga... selang beberapa minit ikan ungah kedua diperolehi..
'wahhh...rezeki banar wang hari ani, sangal jua tangan menariki ungah ani.,'
Angaran ketiga tiga ikan ungah yang diperolehi.. sekilo lebih keatas...
'Inda tia lapas kali ani..'
Beginilah suasana memancing di UG, Tangsi dipegang, agar terasa tarikan sang ungah yang kerap kali membuatkan para pemancing untuk lebih berawas-awas.
' Acaii.., baik di pigang tangsi atu.., lambat menariki..dibawanya
menyangkut tu, hampa ulihnya tue cai..'
Ikan ungah yang beratnya hampir 2 kilo ini, hasil pancingan
Awg.Raman.., hampir menyamai ikan ungah pertama yang diperolehinya di petang hari.
'Tahniah.. 2 ekor... jadi tah.. '
'Mulih ku dulunya.., bagi chance orang lain...'
'Hari ini tak menghampakan...., walau terputus
tangsi pada tarikan kedua.., namun tarikan pertama ikan ungah
sudah cukup untuk dibawa pulang.., syukur...alhamdullilah'
'Tiada bertimbang.., angaran saja... kalau lurus jua tu timbangan
tangan atu.. 1 kilo labih ada ni.., Allahuaklam..'
Tahniah buat semua pemancing-pemancing Ungah Garden Pantai Serasa, jumlah keseluruhan ikan-ikan ungah yang diperolehi. Di waktu Pagi hari, Tuan Haji Matali 6 ekor ikan ungah dan 1 Ikan Kerapu (Berat sekilo lebih semua), Tuan Haji Mohamad 2 ekor ikan ungah (Berat Mau tanya si echobiru ni., kedia menaikan seekor) Echobiru, kana pangkah tia nahh..kerikan sumpak atu bro.. hehe, Si Boboi 2 ekor ikan ungah (Berat sekilo lebih), Sebelah petangnya, Ikan-ikan ungah yang diperolehi oleh Awg.Karim Bersama Isteri (maci yang heng.., 3 ekor ikan ungah), Si Shah 3 ekor ikan ungah, Bro..Cowboy.. 2 ekor ikan ungah dan seekor ikan kerapu.., Awg.Raman 2 ekor ikan Ungah.., dan saya sendiri 1 ekor. Jumlah keseluruhan ikan ungah yang diperolehi hari ini 22 ekor.., dan ikan kerapu 2 ekor. Malam inda tahu.. berapa ah., semasa penulis balik dari UG jam 8 malam, masih ramai kaki2 pancing mencuba nasib disana. Mudahan semua beroleh rezeki. Amin.
Penulis: NSZ mengucapkan terima kasih kepada semua para pemancing yang budiman pemancing Ungah Garden Serasa, kerana kesudian biskita untuk diambil gambar, spoting biskita kan kami kenang, dan dikemudian hari dan waktu kami mendoakan semoga kesemua pemancing serasa di berikan lagi rezeki. Amin
Sekian wassalam.
----<'<,@ <<<<<<<>>>>>>> @,>'>----
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pesanan Dari Kami
"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"
0 comments:
Post a Comment