Brunei Time
Tuesday, March 2, 2010
Memukat Udang
Kawasan Perairan Ujong Sapuh
19hb Febuari 2010
Seawal pagi bertolak dari penurunan perahu Kg.Pengkalan Sibabau melintasi 'Kilong Cina' dan terus menuju ke kawasan perairan Ujong Sapuh Muara untuk melabuh pukat. Sebanyak 15 binata pukat andang di labuhkan dalam 3 tahanan. Keadaan air pada ketika itu bergerak surut dan disebelah tengah harinya bergerak pasang. Dengan menggunakan Fish Finder Garmin GPS Map 178C Sounder, kami mengesan kedudukan dasar yang dalam (aluh) yang berkedalaman 8 meter untuk melabuh pukat bagi menangkap udang. Pukat di bahagi kepada tiga tahanan dan pukat hanyut mengikut arus surut. Selain udang, beberapa ekor ikan yu, satak dan beberapa ekor ikan juga diperolehi dari hasil memukat. Anggaran keseluruhan udang dalam pebelasan kilo.
Hasnol pertama kali turun memukat
bersama kedua abangnya Krikan Shimano dan Sharol
Krikan Shimano sedang menunjuk ajar bob
yang pertama kali turun memukat udang
Masa untuk memisi udang
Udang dari bersais besar dan sederhana.
Ikan Yu
Bermacam spesis ikan
Satak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pesanan Dari Kami
"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"
0 comments:
Post a Comment