Brunei Time
Friday, January 15, 2010
Trip Memancing Yang Lalu 2009
Di Hujung Sana Tempat Mu..'Ujung Sapoh'
Negara Brunei Darussalam.
24-25Dec 2009
Trip memancing NSZ di kawasan Perairan Ujung Sapoh kali ini bersama rakan-rakan NSZ yang baru. Kira-kira jam 5 petang kami bertolak dari perumahan kawasan jalan muara menuju ke penurunan perahu Kg. Pengkalan Si Babau. Keadaan cuaca diketika itu amat lah baik, dengan air bergerak pasang. Dengan menaiki boat fiber NSZ 'boat 1', perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 ke 20 minit untuk sampai dipersisiran pantai kawasan hujung Pulau Muara Besar (Ujung Sapoh).
Rakan NSZ yang baru tiba di penuruan
perahu Kg.Pengkalan SiBabau.
Cpt.Krikan Shimano mengimbangi perahu nya.
'adihh...tinggi perahu ani.., payah ku naik ehyy'
Cpt.Krikan Shimano, Imbran, Ironsilk, Mamat,
Lijan (yang bermasaalah naik perahu) hehehe, & Bob.
Setiba di Ujung sapuh, setelah bersama-sama membawa barang dan peralatan memancing, kami pun terus memasang pukat andang 'Pukat karan' sori ah... bukan pulang kan memukat udang ni., kan memukat kembura sebenarnya.., tapi pukat kembura dipinjam orang., mau inda mau pakai pukat andang saja lah.
Lijan
'tuka-tuka rupanya.., sajuk tah gayanya air ani'
Dapor yang dibuat sementara oleh lijan,
serba sedikit memudahkan untuk kami memasak
'Nyaman behidang 'makan' di atas batu ani rupanya'
'kan memasak mee goreng tah ia tu..'
'Kesili lagi??? kalau inda silap 4 ke 5 ekor udah kesili
ani ku lurih, kompom sajuk gayanya air ani.., mun mengikut biasanya
mun udah kesili tia ganya... inda tah ada ungah ni..'
Seawal Pagi 25hb Disember 2009
Lijan, Mamat dan Jaki
'cek pukat mana tahu berisi.., apa saja lauknya yang
penting enjoy memasang pukat'
Jaki
'basar kemburanya..'
Jaki & Lijan
'memisi-misi anak2 ikan bilis'
'bulih tahan bisdia bedua ani, dari malam hingga
ke subuh memeriksa pukat' tahniah bro ehy.. kerana sudi
memeriksa pukat.. haha aku mengambar saja lah.. hehe
'adakah patut..?? orang kurus kana suruh
menyurung perahu..hahaha.....'
'oii....!! jangan tah jauh2 ehyy.... sangal ku memigang tali ah..'
'apa ko tarik atu yoo?? inda kan naik tu perahu kerikan
shimano atu ko tarik keatas batu.. hehe'
'haha.. ani lagi kejam.., ada kah patut Capt. kamu
suruh menyurung perahu seorang diri..'
Lijan, Imbran, Jaki, Ironsilk, Bob & Mamat sudah selesa duduk diatas perahu., namun
kami lupa... kan si Capt. Krikan Shimano masih lagi di dalam air menyurung perahu.. hehe
'sampai hati kamu ah..aku kamu lupakan didalam air'
Bob
'Ikan Andapong yang tersangkut pada pukat dimalam hari'
SEKIAN
SALAM MESRA DARI KAMI NSZ
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pesanan Dari Kami
"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"
0 comments:
Post a Comment