Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Sunday, August 2, 2009

Pantai Penanjong Tutong


Pemandangan dan Suasana
Pantai Penanjong Daerah Tutong
26hb Julai 2009 (ahad)


Ini lah satu jalan keluar masuk ke Pantai Kg.Penanjong Tutong
Melalui Jalan Kg.Pengkalan Pinang Penanjong para pengunjong
akan sampai dikawasan persisiran pantai ini

Seperti di Pantai Tungku, Pantai Jerudong di Daerah Brunei Muara,
di Pantai Penanjong Daerah Tutong ini juga di bina batu-batu bersusun
bagi menghadang air ombak dan sedikit sebanyak menghidari dari
hakisan pasir pantai

batu-batu penghadang ombak yang dibina lebih
kurang 9 tahun yang lalu
Terdapat sebilangan kecil para nelayan (penduduk kampong penanjong)
menggunakan pantai ini untuk menurunkan perahu
bagi tujuan menangkap ikan dilaut

Penulis: Memancing dengan berumpankan keratan ikan basong-basong, penulis sekadar ingin mencuba nasib memacing di sini., namun dalam keadaan air laut yang berombak, umpan cuma di makan oleh anak-anak ikan kecil. Rasanya, jika air pasang dan berkeadaan tenang mungkin memancing dikawasan ini lebih menyeronokan. Kerana terdapat cerita-cerita rakan pancing, dikawasan perairan pantai penanjong ini juga mempunyai berbagai spesis ikan yang boleh dipancing dari batu-batu yang tersusun disepanjang pantai ini. Sekian, sedikit sebanyak informasi mengenai Pantai Penanjong Tutong.

0 comments:

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

















Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments


















  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP