Trip Memancing Udang Galah Di Hujung Minggu
Di Kawasan Perairan Sungai Kg.Batu Apoi (Daerah Temburong)
Negara Brunei Darussalam.
16hb Ogos 2009 (pagi)
Kelihatan di dalam gambar air sungai di sepanjang
sungai Kg.Batu Apoi yang tebing nya di penuhi dengan tumbuhnya
pokok-pokok nipah dan daunnya serba sedikit membantu para
pemancing yang menggunakan perahu untuk berteduh
dari keterikan pancaran mata hari
Bro Awie setelah puas di lautan kini dengan tenangnya
menantikan umpan di makan udang galah
Awg Taib (popperrazi) dengan
udang galah dari hasil pancingan beliau
'mandara kah sauh tu bro..hehehe??'
Awg.Awie turut menaikan seekor udang galah
'Mandara' (sapitnya basar mcm udang galah 'sauh', tetapi
badannya damit mcm udang galah 'bujang' emm.. ini pasti 'mandara ni..')
Jef juga tidak kepunan, berhasil memperolehi
seekor udang galah hasil dari pancingan beliau.
Alamakk...!!! ni macam biasa ni teman ku PaDamit..hehehe
patut ku panggil kedia PaBasar bah ni.. hehe., aiseehmen..
Padamit juga beroleh udang galah dari hasil pancingan beliau.
Pancingan udang galah di hujung minggu, dengan membawa
pulang 12 ekor udang galah dari bermacam saiznya..
Trip memancing 'Mini Precious Boat' bersama teman precious boat, iaitu awg.fian, Pg.Aji & Zul (menaiki Sebuah lagi perahu ), dan mini precious iaitu Padamit, Awie, Taib dan Jef mengisi masa lapang mereka dengan memancing udang galah di kawasan perairan Sungai Kg.Batu Apoi di Daerah Temburong. Seperti biasa, di awal pagi perjalanan yang dimulakan dari penurunan perahu Muara dengan melalui perairan Muara Brunei menuju ke lokasi memancing di Sg.Kg Batu Apoi. Trip memancing di hujung minggu itu berakhir di sebelah petang dan membawa pulang 12 ekor udang galah dan 30 lebih ekor udang galah lagi yang diperolehi oleh Awg.Fian, Pg Aji & Zul. 'maaf inda begambar, lain2 perahu bah..'
Gambar di Sumbangkan Oleh: PaDamit (Precious)
<> <<>> <<>> <<<>>> <<<>>> <<>> <<>> <>
0 comments:
Post a Comment