Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Thursday, July 2, 2009

Trip Pancing Perairan Jerudong

Rakan N^S^Z
Trip Memancing di Kawasan Batu Perairan Jerudong
Negara Brunei Darussalam
27hb Jun 2009, Ahad ( malam)

Mr.Evo Black dengan Seekor Ikan Sembilang
atau Tabana yang beratnya kira-kira 1kg lebih
dengan menggunakan umpan irisan ikan basong

Sembilang kedua yang diperolehi pada malam itu
'ada heng ni yo...,sembilang saja lurih ani'

'Ping.. tunggu punya tunggu ikan yang dihajati (ikan ketumbang)
belum kunjung tiba'


'Bob dengan dua ekor ikan sembilang tabana'

hasil pancingan malam itu, dengan 2 ekor ikan sembilang, dua ekor
ikan kerapu, ikan Gelama & anak ikan ketumbang

Selain ikan, kerang batu atau sebahagian pemancing
memanggilnya kerang parabola juga diperolehi dimalam itu,
kerang-kerang ini melekat pada batu-batu dan di sungkit dengan
menggunakan pisau.

'bisai-bisai mun kan mengambak kerang ani,
tajam kulitnya, tapi nyaman rasa isinya, kurang labih macam lokan
rasa isinya, kalau dimasak bekari nyaman nie..'


Gambar di Sumbangkan Oleh: Bob (Ironsilk)
^^^^ ^^ ^^^^ ^^ ^^^^

0 comments:

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

















Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments


















  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP