Bekara Perairan Muara
Udang Bekara Di Perairan Muara
Mamolapenga dengan 2 ekor udang
bekara yang beratnya kira-kira 2.2kg dan 2kg
segar, cuba lah singgah di salah satu restoran di Yayasan Bandar
Seri Begawan. $6.50 - 100gram.'
<<<>>> <<>> <<<<<>>>>> <<>> <<<>>>
Bahan-Bahan
2 ekor Lobster
1/2 biji lemon
Cheese (apa-apa cheese pun ok)
Sedikit lada sulah
Sedikit Garam
Butter
- Bersihkan lobster. Lobster di gunting kulit tengah bagi nampak isi lobster. Jangan sampai putus.
- Parut kulit lemon dan sapu di bahagian lobster serta letakkan garam dan lada.
- Kemudian sapu butter dan letak di isi lobster. Potong kecil kecil lebihan lemon tadi dan letak di dalam bekas membakar bersama lobster tadi, bakar dgn 225 darjah selama 10-15 minit.
- Akhir letak cheese di atas lobster kemudian bakar 4 minit lagi. siap boleh di santap.
Dipetik dari laman web: http://www.myresipi.com/top/detail/966
Lobster Tropicana
700 gm lobster
50 gm cendawan shikate
30 gm bawang (dipotong kiub)
10 gm bawang putih (dicincang)
20 gm tomato puri
100 gm krim
15 ml pernod
1 gm kunyit
50 gm glace ikan
30 gm brokoli
3 batang lobak merah
2 batang kacang buncis
1 biji cendawan shikate
2 keping papadum
25 ml mentega
Garam dan gula secukup rasa
Cara:
Bersihkan lobster dan buangkan kulitnya. Potongkan dagingnya kepada bentuk kiub dan gaulkan dengan garam dan lada hitam.
Panaskan mentega dan masukkan bawang, bawang putih, cendawan dan daging lobster dalam jangka masa seminit.
Masukkan pernod utuk seketika dan diikuti dengan kunyit, fish glace dan tomato puri. Kemudian masukkan krim untuk menambah perasa dan diasingkan.
Panaskan mentega dan masukkan brokoli, kacang buncis, lobak, cendawan dan campurkan dengan garam dan perasa lada hitam secukupnya.
Goreng papadum, begitu juga dengan cengkerang lobster.
Letakkan cengkerang lobster di dalam pinggan dalam posisi yang ddikehendaki dan letakkan bahan-bahan yang dipanaskan tadi disisinya.
Hiasi dengan fresh dill mengikut citarasa masing-masing.
Sumber: Majalah Wanita Ogos 1999
Udang Harimau dan Udang Bekara Bercili
(Jika ingin mencuba untuk masakan Udang Bekara)
400 gm udang harimau
100 gm cili merah
3 ulas bawang putih
100 gm bawang merah
Sedikit halia
Serbuk kunyit dan serbuk perasa
Sedikit sos cili
Udang digoreng separuh masak. Tumis bawang merah, bawang putij, halia, kunyit dan cili merah. Biarkan sehingga pecah minyak atau udang masak. Masukkan serbuk perasa dan sos cili. Rasa, angkat dan dihidangkan segera.
dipetik dari http://resepi.mesra.net/Detailed/325.shtml
Barbeku Udang Harimau
(Jika ingin mencuba untuk masakan Udang Bekara)
4 gm sos Lea & Perrins
2 gm serbuk cili
2 gm aromat
2 gm garam kasar
2 gm lada sulah
2 gm jus limau
2 gm sos tiram
Bahan dikisar:
4 gm kunyit hidup
4 gm bawang merah
4 gm bawang putih
Cara:
Bersihkan udang tetapi jangan dibuang kepala dan ekor. Tuskan airnya. Perap bersama bahan lain dan biar lima belas minit. Panggang udang tetapi jangan terlalu masak kerana ia akan kering. Hidang bersama sos.
Sumber: Majalah Wanita Febuari 2000
0 comments:
Post a Comment