Memancing di Sangkar Ikan
Sangkar Ikan HT Enterprise
Jumaat, 16hb Mei 2008 @2pm
Akum semua. kali ani NSZ turn mencuabai salah satu tmpat pemeliharaan ikan.
Sangkar Ikan HT Enterprise
Jumaat, 16hb Mei 2008 @2pm
Akum semua. kali ani NSZ turn mencuabai salah satu tmpat pemeliharaan ikan.
Blog ini telah ditubuhkan sejak tahun 2007, yang mana ia mengambarkan dan menceritakan sedikit sebanyak tentang aktiviti memancing di beberapa tempat perairan Negara Brunei Darussalam. Gambar kenangan serta cerita pendik aktiviti memancing telah pun dimuatkan bagi menghiasi ruangan dada blog ini untuk tatapan dan pengetahuan bersama. Berbagai informasi mengenai peralatan memancing, teknik, tips pancingan kedai2 menjual peralatan pancing dan umpan pancingan juga telah dimuatkan dalam blog ini. Semoga dengan adanya blog ini kami akan lebih matang dalam dunia memancing yang semakin popular di negara kita. Pengalaman pahit manis semasa menjalani aktiviti ini akan kami kongsikan bersama dengan para pengunjung blog ini dan semoga anda akan mendapat sedikit sebanyak menfaatnya. Kami juga mengalu-alukan kepada para pengunjung blog ini untuk memberikan idea-idea atau komen yang membina bagi bersama-sama dalam memajukan sukan memancing di negara kita, dan sekiranya terdapat gambar-gambar hasil tangkapan yang ingin anda kongsikan bersama didalam blog ini bolehlah kirimkan di email.ironsilk2007@hotmail.com. Sekian Terima Kasih.
Create a playlist at MixPod.com
1. Membawa balik ikan yang diperlukan sahaja untuk menghormati kehidupan laut.
2. Tidak membuang sampah merata-rata serta menjaga kebersihan persekitaran
3. Sentiasa meningkatkan ilmu memancing, pengunaan peralatan dan pengendalian bot
4. Mematuhi peraturan memancing dan pengendalian bot
5. Menghormati hak-hak pemancing yang lain
6. Menghormati peraturan padang pancing persendirian
7. Menyebarkan pengetahuan serta nasihat berguna untuk generasi baru
8. Menyokong usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar
9. Tidak melepaskan ikan dan tumbuhan keperairan awam
10. Berusaha memajukan sukan memancing negara kita
Pastikan setiap kali keluar rumah untuk memancing mestilah memberitahu isteri atau keluarga. Pastikan semua tanggungjawab dan urusan telah dibereskan sebelum pergi. Jangan meninggalkan masalah dirumah, termasuk dengan anak-anak. Bila ini dibereskan hati pun tenang semasa memancing dan mungkin berkat doa mereka anda mendapat hasil yang baik…Insya-allah.
doa ini kalau di amal kan insyallah kita selamat dan balik tak lah tangan kosong Insyaallah!
Dengarlah
suara ombak yang gusar
itulah suara halusku yang bergetar
dan kehampaan yang kuraih
dari perut lautan.
lihatlah
gelora yang galak
menepis dan membedal kolekku
itulah aku dilanda kebimbangan
di antara hidup dan mati hari ini.
hidulah
bau hanyir di tubuhku
itulah wangi tangkapanku
yang kusandar bersama harapan
untuk perut anakku.
Hasil Nukilan: Amaruszati Noor Rahim
Akulah ikan yg sedang berenang ..
di samudra luas mencari makan..
berenang diantara karang dan harta tenggelam
O..akulah ikan yang menyelam dalam
lalu menyembul ke permukaan,
dan engkau ..
engkaulah nelayan yg sedang mencari ikan..
kau tebarkan jaringmu tapi aku tak mau masuk
karena jaringmu mengurung..
tak membebaskan..
Hingga akhirnya kau pun bosan,
jaringpun kau campakkan,
pancing kau keluarkan,
umpan kesukaanku,
kau kaitkan
O..mata pancing mu berpendar-pendar,
menarik ku ke permukaan,
dan..byuur!..umpanmu menyelam,
menebar aroma seharum bunga,
wangi itu begitu dahsyat,
aku tertarik begitu kuat..
umpanmu kekejar dan haaap!..kulahap senang
tapi kenapa aku tak jadi kenyang?
tapi kenapa aku malah melayang..
mengapung-apung kepermukaan?
tersadar aku terlambat..
bayangan mu sudah mendekat..
tersadar aku terikat..
dekapanmu begitu kuat..
jangankan bergerak..
bernapas-pun aku tak dapat..
kini aku cemas berharap..
selamatkan aku O..nelayan..
sayangi aku O..nelayan..
nanti engkau 'kan kutunjukkan..
harta-karun didasar lautan..
apa arti ikan tanpa nelayan?
karena ..O..nelayan..
apa arti nelayan tanpa ikan?
seniman.egoweblog.com
© Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP
0 comments:
Post a Comment