Berkelah sambil Memancing Di Pulau Pelumpong Muara
9-10 Desember 2008
Pada 9hb Desember, 2008 jam lebih kurang 10 malam, Sebahagian daripada ahli N^S^Z buat pertama kalinya berkunjung ke Pulau Pelumpong bagi tujuan berkelah sambil memancing. Walaupun sebahagian dari pada ahli yang telah pernah datang kesini tetapi buat penulis sendiri ianya ada lah satu pengalaman baru untuk melakukan aktiviti berkemah sambil memancing dipulau. Pulau Pelumpong menjadi pilihan disaat-saat akhir apa bila dipersetujui oleh semua ahli memandangkan tempat itu selamat untuk dikunjungi (secara berkumpulan) serta memandangkan pulau tersebut tidak begitu jauh dari penurunan perahu Muara. Cuma mengambil masa lebih kurang 5 ke 10 minit sahaja.
Dengan menaiki sampan/perahu fiber panjang 19kaki, engine 60hps, seramai 8 orang, dengan membawa peralatan2 keperluan memancing, bekalan2 makanan serta peralatan perkemahan lainnya, kami bertolak dari penurunan perahu muara dan mengambil masa dalam kurang 5 minit sampai di Pulau pelumpong. Keadaan air pada waktu itu bergerak pasang serta cuaca baik.
Selain beberapa set joran, kami juga membawa
beberapa biji bintur ketam, pukat dan pukat kikis.
Ikan Ketambak Pisang
Ini adalah peserta yang mula2 sekali menaikan
seekor ikan ketambak pisang selang beberapa minit
setiba kami di Pulau Pelumpong
Ikan Kesili
Ini adalah tangkapan keempat beliau setelah
menaikan 3ekor ikan ketambak pisang.
Ikan Ketambak Pisang
Ikan Umpak
Ikan Umpak yang beratnya kira2 400-500g
yang dipancing dengan menggunakan umpan udang hidup
yang bersaiz sederhana ($1-8)
Ikan Apa Tu?? Entah..
(nanti mencari nama ikan ani)
Adalah lebih mudah dengan menggunakan anjjun
permata kecil untuk menjerat ikan ini yang banyak terdapat
ditepi2 batu Pulau Pelumpong.
Umang-Umang
Seekor umang-umang yang terperangkap didalam
sebiji bintur ketam yang diletakan ditepian dinding batu
Pulau Pelumpong.
Sebahagian dari pada barang2
makanan dan minuman
Sambil menunggu umpan dimakan ikan, sebahagian dari pada ahli2 kami sibuk mencari kayu dan menghidupkan api untuk menyalai beberapa barang makanan untuk makan dan minum bersama-sama. Seperti biasa, memasak air.., dan menyalai beberapa kerat sayap ayam, Sosej daging, sosej ayam, sosej udang dan ketam adalah menjadi makanan pengisi perut.
Awas-awasi ayam salai atu.., ujung2 dicuri monyet/ambuk lagi.. Untuk pengetahuan biskita, dipulau ani si monkey nya samsing2 belaka., inda ia berapa takut dengan manusia, dalam senyap2 ia mencuri beberapa kerat ayam..., sayangnya inda dapat kami mengambil gambar monkey2 ani.., pasal pakai camera hp saja kami., alum lagi sampat mengambar monkey2 ani, dijulurnya tia pulang kami sudah atu lari tia kedalam hutan. " nanti membawa Camera SONY SLR atu" Apa2 pun jua sedakah kan saja lah.. apa2 yang sudah diambil nya atu.
Selain dari pada ambuk., kucing dan Biawak pun menjadi penghuni dipulau pelumpong ani., nasib saja inda kejumpaan sipanjang atu.., "jadinya berhati2 lah selalu jika suatu hari nanti ada dikalangkan Biskita yang hendak berkunjung kesana, sama ada bersama keluarga atau pun kawan"
Aktiviti2 memancing dan permandangan serta
suasana di Pulau Pelumpong diwaktu Siang Hari.
Ikan ketambak Pisang
Sebahagian daripada gambar2 ikan yang diperolehi di Pulau Pelumpong, Berbagai bagai spesis ikan disini, hinggakan ada diantara kami yang baru pernah melihat ikan2 yang bermacam warna dan rupa bentuk. Ikan2 kecil yang diperolehi ini sebahagian besarnya dilepaskan setelah diambil gambar, namun ada diantara ikan2 kecil ini mati sebelum ianya dilepaskan kembali.
Dari Specis Ikan Kerapu:
Terdapat berbagai-bagai jenis spesis anak2 ikan kerapu dibawah ini, dan kami masih berusaha untuk mengenali dan mencari nama bagi anak2 ikan kerapu ini. Agar ia dapat diketahui akan rupa dan nama ikan2 ini dikemudian hari.
Anak Ikan Kerapu
Anak Ikan Kerapu
Anak Ikan Kerapu
Anak Ikan Kerapu
Anak Ikan Kerapu Macan
(sering didapati dicelak-celah batu)
Ini adalah sebahagian kecil spesis anak2 ikan yang terdapat di perairan Pulau Pelumpong Muara. Ternyata dikawasan celah2 batu berdekatan pulau ini memang kaya dengan berbagai bagai jenis ikan nya.
Ikan Belanak Simbawa
Ikan Ayam laut
Dalak Laut
Ikan Ketambak Pisang
Ikan Umpak
Ikan Lapu
Awas-awas.., badan ikan ini dipenuhi dengan
duri-duri kecil/halus2.
Ikan Belanak Simbawa
Ikan ini dipanggil dengan nama Belanak Simbawah dikalangan orang2 Tutong, manakala orang2 Bandar memangilnya dengan nama kembura simbawah. Ikan ini dipancing ditepi2 batu dengan mengunakan anjjun permata halus 5 permata (Kerana lama menunggu ikan basar2 makan umpan, buang2 boring main2 pancing ikan damit2 saja) "Tangkap, Gambar dan lepasssss..kan je ler... (,") ..
Ikan apa tue? Entah....
Ini pun sebahagian ikan2 kecil yang berjaya dipancing dengan mengunakan anjjun yang berumpankan keratan udang mati sahaja. "Unik2 ikan nya ani, lawa dan bermacam macam bentuk dan warna" kalau simpan dalam aquarium lawa ni..
Kunau
Beberapa biji kunau yang di ambil dilurah lurah anak sungai yang terdapat didalam Pulau Pelumpong. "ambil jangan inda dimakan.." Bila di salai nyaman jua rasanya bila di campur sama kuah sardin dalam tin atu.
Memandangkan permukaan tanahnya yang rata, untuk mendirikan kemah adalah menjadi lebih mudah, kursi dan meja kayu pun ada tersedia disana, " Orang lain yang membuat tue" terima kasih lah pada orang yang menyediakan kursi dan meja kayu atu. Serba sedikit dapat jua kami menyimpan barang2 bekalan dan peralatan set pancing kami.., "Bepahala jua Biskita".. Akhir kata dari pada penulis, Ribuan Terima Kasih kepada semua ahli-ahli N^S^Z kerana sudi meluangkan masa biskita untuk mengisi masa lapang dihari cuti awam, berkerja sama serta saling bantu membantu dikalangan ahlinya. (,")..dilain hari,dilain waktu, jika ada kesempatan lagi insyaallah kita akan berkunjung lagi buat kali yang kedua dengan membawa teman2 yang lain pula. (,")..
"2nd Akhir kata lagi.., ahhh... harus diingat.., Sampah2 mestilah dikumpul dan dibakar okey.."
0 comments:
Post a Comment