Pantai Serasa
Pemandangan diwaktu malam kawasan yang paling popular dikalangan pemancing tempatan dan sebilangan warga indonesia juga sering kali melakukan aktiviti-aktiviti memancing disini. Memandangkan tempat ini selamat untuk melakukan aktiviti memancing maka ianya sering kali dikunjungi para pemancing terutama sekali dihujung minggu, pagi, petang dan waktu malam.
Selain ikan unggah, ikan kerapu, ikan ketambak, ikan barah-barahan, Ikan umpak,pari dan sembilang adalah sebahagian ikan2 yang sering kali diperolehi disini.
Manakala ikan andapong, ikan bekalang, ikan selungsong dan ikan lingkuh diantara ikan-ikan yang pernah diperolehi disini.
Umpan2 yang sering digunakan disini seperti:
ikan Kembura, udang hidup dan adakalanya yang menggunakan pumpun.
Set joran yang sederhana (medium action) memang sesuai digunakan ditempat ini, memandangkan dikawasan ini banyak terdapat ikan yang bersaiz sederhana dan besar.
0 comments:
Post a Comment