Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Monday, March 15, 2010

Ketumbang Perairan Tungku

Perairan Tungku 'Batu Lion King'
Negara Brunei Darussalam
06hb Mac 2010 (Malam)

Krikan Shimano dengan ikan
Ketumbang hasil dari pancingan beliau dengan
berumpankan keratan ikan basong.

Ikan Ketumbang

Dodo 'lena di ulit intan'

Read more...

Thursday, March 11, 2010

Rezeki Raba Buloh Perindu Tetap Ada

Trip Memancing Di Raba Buluh Perindu 'Krikan Shimano'
Negara Brunei Darussalam
25hb Febuari 2010



Krikan Shimano dengan Ikan Kerapu
dan Ikan Merah hasil dari pancingan beliau.


Mamolapenga dengan ikan merah yang
beratnya 2 kilo lebih.

Badang, ini heng punya orang.. dan rezeki buatnya
juga memperolehi seekor ikan merah.

Aksi badang ketika beliau sedang berhempas pulas
bertarung sehabis-habisnya untuk menarik SAUH.

'hahahaha.....suspen, ingat apa, anggap saja sauh atu ikan BUNA bagak Yo...'

Awg.Bulat sedang merenung keindahan terbitnya Matahari.
'cuba liat yang mana satu subjek dalam gambar ani???'
orang photographer mesti tahu ni.., aku pun tahu jua ni..
aku beritahu ahh.., subjek nya mestilah kepala Awang Bulat.
hehehehe... jangan marah lat..ah...
Liat pada gambar ini pula,, yang mana satu pula
subjeknya??? kan mau tahu??
subjeknya tuuuu nahh... batu arah joran ah.. hehehe



Badang ensem bila bergambar dengan Joran.
Kalau begambar dengan ikan ensem pun kurang.
hehehehe....jgn marah dang, nanti tani mukat sama2 lagi..
'rajin ni si badang ani, ringan tangan orangnya..'

Adik Nabil dengan ikan kalikitok

Raba Buluh Perindu 'kerikan shimano' alum berapa berisi., masih muda, tapi ada jualah kan dibawa balik dari sana. Insyaallah kalau lama lagi mungkin baru banyak ia membari, rambai jua mata kail ulihnya. Mudahan jua...Amin.
 Gambar Di Sumbangkan Oleh: Mamalapenga

Read more...

Bebatik Perairan Pantai Tungku

Musim Bebatik
Perairan Peranginan Pantai Tungku
Negara Brunei Darussalam
Pada 5hb Mac 2010 (Juma'at)

 Ikan Bebatik

Ikan Bebatik yang dipancing oleh rakan NSZ' Jaki' yang sememangnya berniat untuk mengintai  spesis ini yang dikhabarkan musim bebatik telah tiba.Beratnya ikan bebatik yang diperolehinya kira-kira 3 ke 4 kilo. Ikan Bebatik inidipancing dengan menggunakan umpan udang hidup bersaiz king kong hasil merambat dimalam hari.  Menurutnya umbanan agak jauh sedikit dari batu untuk mengintai spesis ini.

Gambar Di Sumbangkan Oleh: Jaki.

Read more...

Wednesday, March 10, 2010

Di Pancor Dulit 'Udang Galah'


Memancing Udang Galah
Di Kawasan Perairan Kg. Pancor Dulit
Daerah Tutong Pada 3hb Mac 2010

Rakan NSZ dengan Udang Galah 'Sauh'

Penulis: 'Tahniah bro.., bulih tahan jua lurih atu..'

Gambar Di Sumbangkan Oleh: Rakan NSZ

Read more...

Ping - Memancing 'Udang Galah'


Aktiviti Memancing Udang Galah
Pada 28hb Febuari 2010

Ping dengan Udang Galah Sapit Birunya

Gambar Di Sumbangkan Oleh: Ping

Read more...

Memancing 'Udang Galah'

Memancing Udang Galah 
19.2.2010
Negara Brunei Darussalam
 Rakan NSZ dengan Udang Galah 'Sauh'

Terima kasih atas kesudian anda kerana sudi berkongsi gambar aktiviti memancing untuk disimpan di dalam dada blog ini.
Gambar Di Sumbangkan Oleh: Rakan NSZ

Read more...

Thursday, March 4, 2010

NSZ - Aktiviti Memukat Udang

Memukat Udang Di Kawasan Perairan
Ujung Sapuh Muara
28hb Febuari 2010 (Pagi)

Semangat melakukan aktiviti memukat masih membara, dan kami turun lagi untuk memukat udang di kawasan perairan yang sama. Seperti biasa melabuh bilangan pukat 15 binata dalam 3 tahan. Berharapkan pada nasib untuk mendapatkan bilangan udang yang banyak di samping berusaha mengesan kedudukan udang  diwaktu air dalam keadaan bergerak surut dan selang beberapa minit melabuh satu tahanan pukat, air berubah menjadi pasang. Pukat di tarik untuk pemeriksaan, ternyata sudah kelihatan udang-udang besar bersangkutan. 'Rambai nya bisdia.., memisi dan menarik pukat mesti pantas, mun inda alah ni...nya. Jangan sampai 3 tahun membuka pukat atu..nya..'  Tiga pukat di labuh setelah dapat mengesan kedudukan udang, arus bergerak pantas dan udang besar dan sederhana ingap dipukat. Selain udang merah, udang hijau,udang bakau, udang kapor dan udang buih. Terdapat juga beberapa spesis ikan, ketam dan satak yang diperolehi pada awal pagi itu. Hasil memukat pada hari ini lebih banyak di banding pada 3 hari yang lalu.

 
 Sharul, Krikan Shimano, Hasnol dan Badang

  
 Penulis: 'aku relek saja..., duduk-duduk, sigup-sigup
tidor-tidor dalam perahu.., boring-boring ku gambar bisdia ani..,
aku menunggu ungah tesangkut di pukat kali ahhh....hahaha..'

  

  
Selain udang, ular laut pun diperolehi diwaktu itu,
panjang sedapa labih...
'awas-awas bisa ni ular ani, 
walau pun ia inda selincah ular darat'

'Jangan di putus pukat atuu...!!! Sayang ehyyy...!!
putuskan ularnya saja.... :)

  
Dalam perjalan balik, lepas saja dari kami makan
di pantai serasa, kami tejumpa hotel terapung.
'wahhh kaya-kaya...'

  

  

  

  

  
Dua ekor Ikan Sembilang bukan lah dari hasil
memukat, tapi dari hasil memancing.

 
Ketam 'kalok'

 
 Satak
'satak dari bersais besar hingga ke sais sapak'

  
 8 kilo beratnya udang yang terdapat
dalam tong cat ini.

  

  
 Udang 'Bakau'

 
Bermacam spesis ikan yang tersangkut pada pukat.

Wassalam.

Read more...

Tuesday, March 2, 2010

NSZ - Aktiviti Memukat Udang

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE 26
23 FEBRUARI 2010
NEGARA KU BRUNEI DARUSSALAM

Memukat Udang Di Kawasan
Perairan Ujong Sapuh Muara
23hb Febuari 2010

Seperti yang lalu, NSZ turun kembali di kawasan perairan yang sama, dan kali ini NSZ bersama beberapa orang rakan dan saudara dengan menaiki 4 buah perahu. Cuaca pada mulanya hujan dan teduh selang beberapa jam. Keadaan air bergerak pasang dan hasil memukat kali ini lebih banyak di bandingkan pada hari yang lalu. Anggaran udang 20 kilo dari yang bersais besar dan sederhana. Jam lebih kurang 1.45 kami mula bergerak menuju Peranginan Pantai Serasa untuk berihat makan bersama keluarga NSZ yang pada masa yang sama sedang berkelah bersama keluarga dihari kelepasan awam.

 
Sharul dan krikan shimano sedang menarik pukat

  
Dodo dan Hasnol 
'tukang memisi udang'
 Penulis: aku relek saja.. hehe buang2 boring ku gambar 
saja kamu... :)
  

  

  

  

  

  
 Hj Osman (Cuba tah ko pikirkannya)
sedang menarik pukat yang dilabuhnya

Di Peranginan Pantai Serasa

  

  

  
Kelihatan ahli keluarga sedang berkelah

  

  

  

  

  

  
 Mat Saini (SW Anglers)

  

  
 Udang yang diperolehi terus saja di rebus
'nyaman masakannya...'
 
Berselera kami menikmati masakan udang rebus,
Ayam salai dan macam2 lagi.

Read more...

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

















Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments


















  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP