Monday, March 15, 2010

NSZ - Aktiviti Memukat Udang

Memukat Udang Di Perairan Kilong Cina
Di Perairan Si Jampang.
Negara Brunei Darussalam.
14hb Mac 2010

Seperti biasa jam 12.30 malam dari Penurunan Perahu Kg. Pengkalan Sibabau kami pada awalnya memancing ikan di perairan muara, namun tiada santapan ikan-ikan disana. Kalat mata ulihnya..tidor semua-mua. Jam lebih kurang 5 lalu pagi, kami bergerak menuju diperairan yang dipanggil Kilong 'kilong cina'. Melabuh satu tahan untuk mengesan udang. Udang tetap ada namun tidak lah sebegitu banyak. Nya orang memutik-mutik saja. Dari Kilong kami bergerak di perairan si jampang Kg.Sg Besar. Disana kami bertemu sanak saudara dan rakan-rakan NSZ yang turut sama memukat diketika itu. Cuaca mendung dan panas seketika. Air bergerak pasang dan bertukar surut. Setiap pukat yang di labuh mengandungi udang dari bermacam saiz. Selain udang, ikan jarang gigi, ketam, satak dan macam2 lagi spesis ikan yang turut tesangkut pada pukat. 'kerita pun ada jua tesangkut arah pukat. sesiapa yang kan memukat kerita nanti ku mensetkan kodinetnya.' macam2 ada jua banar. 

 Kerikan Shimano & Awg Rosli sedang menjalin pukat.

 

Basar ikan manyong atu


Mamalapenga lelap buat seketika waktu
(nanti ku bagi kusin belakang ani., 
servey tampat membuat kusin ku dulu)

Waktu-waktu menantikan pukat yang dilabuh

Ronda-ronda meliat pukat 
orang ada udang kah inda.

Selain udang engine perahu pun diperolehi diketika itu
tapi paksa tangkap dan lepas, hehehe..

Cuaca yang awalnya mendung bertukar menjadi panas
terik, kami berteduh di bawah jambatan Peranginan
Kg.Sg Besar.


Ada jua orang mengail disini



Santai, sambil menantikan 
rakan NSZ yang lainnya tiba

Hj Osman dan ahli keluarga 

"datang bukan sebarang datang,
mereka datang mengantau sigup bukan sebatang,
kami bukan tengah bergadang,
kami menanti pukat berisi udang."





Lawa pemandangan disini ani.
rumah moden dan rumah lama.





Kan ditukar KFA menjadi KPA (King Prawn Adventure)
kalau aktiviti membintur katam nanti tukar lagi jadi KCA.
Kalau time kan menangkap ayam betapung tukar lagi jadi KFC.

No comments:

Post a Comment