Sunday, November 15, 2009

N^S^Z Muncul Lagi

Trip Memancing Di Kawasan Perairan Muara & Ujung Pelumpong
Negara Brunei Darussalam
14hb November 2009 (Malam)

Setelah sekian lama menyepi, trip santai kami seramai 6 orang bermula dikawasan perairan muara yang ditemani dengan keadaan cuaca yang hujan dan berkilat. 'sajuk yooo...., mengigil badan rasanya'

Keadaan air yang bergerak pasang 'garak dua' hasil pancingan tidaklah seberapa.. 'dibawah inda berapa makan, kami yang diatas perahu pulang makan nyaman..' Terima kasih pada kerikan shimano, ada berbekal nasi cukup dengan lauk-laukannya'



Mamolapenga, walau sibuk dengan aktiviti mengambar beliau, namun berkesempatan juga untuk sama-sama turun memancing pada ketika itu. 'awal dah ia belurih..., ikan barah-barahan' syukur tah.. hehehe



Kerikan shimano, walau lama inda turun-turun berperahu, namun heng rezeki yang masih tetap ada..., seperti biasa..ikan kegemaran beliau.. beberapa ekor ikan barah-barahan dan ikan jukut (anak ikan merah) berjaya dipancing olehnya.

Krikan Shimano dengan hasil pancingan
beliau ikan barah-barahan


Penulis, sekali lagi turun bersama keluarga kerikan shimano, hasnol dan sharol.., juga masing-masing memperolehi ikan yang dipancing..., dan seorang pembantu warga  dari seberang (tidak ada dalam gambar), juga turut serta dalam trip pancing kali ini.. 'tahan jelama ani.., behujan, basah.. nada apa2 kedidia..'




Keadaan air pada mulanya memang baik, namun cuaca yang hujan dan berkilat sedikit sebanyak membuatkan joran kami seperti dalam lena bertiduran.. 'sadau ehyy'.  Namun trip kali ini tidak begitu menghampakan, dengan berumpankan udang hidup, beberapa ekor ikan barah-barahan, ketambak, jukut dan Tuka-tuka sebagai rezeki yang boleh dibawa pulang.




Trip memancing penulis bersama mamolapenga berakhir jam 2pagi., 'nada heng kami mun udah tidor2 dalam perahu.., sori bro krikan shimano., kalat udah mata n kajar2 udah badan kesajukan, paksa mulih awal bro...'  Insyallah lain kali lagi... k... Sekian Wassalam.

No comments:

Post a Comment