Thursday, June 4, 2009

Ikan Kerapu Pantai Serasa

Ikan Kerapu Pantai Serasa (Unggah Garden)
Hari Selasa Bersamaan 26hb Mei 2009
Jam 06.26 Petang

Salah seorang teman penulis sedang menarik
kerikan kerana tersangkut pada batu-batu
yang disusun menjadi tebing

Bob dengan seekor kerapu hasil pancingan
beliau dengan berumpankan kembura

Ironsilk: Siapa kata air surut tak ada ikan???? cuma rezeki setakat
seekor kerapu saja., namun 3- 4 kali kerikan ditarik.., alamakkk!!
ikan terlepas lah sudahh..... "inda merait bah.."

" Berombak dilaut gelora kecewa,
Berhempas pulas memerah tenaga,
Kehampaan itu tiada bermakna,
Itu lah dia pemancing setia"

"Angin kencang menghembus dipipi,
Laksana superman terjatuh kebumi,
Duhai adik ku ingat pesanan ku ini,
Jika berilmu rendahkan lah diri"

"Jangan jua randah banar., ujung2 menyangkut di hump,
di serasa banyak hump tu.."

Penulis: Keadaan air yang surut 0-1 ke 0-0 sedikit sebanyak menyukarkan para pemancing, sangkutan mata kail dan batu timah kerap kali berlaku jika dalam keadaan air tuhur melantai. Namun bagi pemancing-pemancing diserasa, air surut bukan lah penghalang bagi melepaskan gian untuk memancing. Pemancing berjoran atau yang mengunakan kerikan 'ambur' tidak akan putus-putus melabuhkan umpan serta redha dengan kehilangan banyak batu timah dan mata kail yang diwaktu ini naik harga. Mendapat ikan atau tidak diwaktu memancing bukan lah menjadi perhitungan para pemancing disini, apa yang dilihat rata-rata pemancing lama dan baru sekadar meletakan rezeki itu ditangan ilahi.


Gambar di Sumbangkan Oleh: Bob (Ironsilk)

No comments:

Post a Comment