Saturday, April 4, 2009

Ikan Kerapu Pantai Serasa

Ikan Kerapu Pantai Serasa
04/04/2009 @06.00 Ptg.

Salah seorang teman penulis
yang sering memancing bersama.
Awg.Raman dengan ikan kerapu
yang dipancing dengan menggunakan kerikan sahaja.

Angaran beratnya sekilo lebih
'kuat jua tarikannya.., mengalahkan ikan unggah'


'mata kail yang melekat di ujung
bibir...'



Penulis: Banyak spesis ikan kerapu yang terdapat diperairan negara kita., ikan kerapu ini adalah diantara spesis ikan kerapu yang banyak diperolehi diperairan pantai serasa. Seperti ikan unggah, ikan kerapu juga memakan ikan kembura, selalunya ikan kerapu gemar dikawasan perairan yang berbatu-batu. Tidak heranlah jika pemacing terlambat untuk menariknya keluar dari zon bahaya, perambut akan mudah terputus akibat gesilan dengan batu. Sekian wassalam.

Memacing ikan di pantai serasa,
Bersama teman dan sanak saudara,
Ikan unggah tak kunjung tiba,
Malah kerapu pula yang muncul menjelma.
@>-><<<------>><<------>>><-<@

Thursday, April 2, 2009

Santai Memancing Udang Galah

Santai..Sambil Memancing Udang Galah
29/03/2009 (Ahad)

Encik Mail dengan udang galah 'mandaranya'
dengan berumpankan jantong ayam.
'banyak dah lurih ni..'

Salah seorang rakan NSZ
dengan hasil pancingan nya udang galah 'mandara'
'Stay cool bro..'

Ini lah hasil Rakan NSZ yang kebanyakannya
udang galah bersaiz 'mandara'

Pancing udang galah kita cuma kenakan set joran
ringan je.., mata kail khas udang galah.., tangsi 10-12lbs dan
perambut 8-10lbs berserta batu kecil sahaja.

Ini hasil pancingan Si Rambat Daiwa
'jadi tukang gambar, jarang nampak ni... dibelakang
screen ja..'

'Ada teknik cara memegang udang galah,
cara begini, udang galah inda belaku menyapit lagi..'

'Udang galah mandara lagi nii..'

'Belawanan ni sama encik mail
rata-rata udang galah mandara saja ni ulih'

Ikan pun belurih jua...ni..
'awas-awas ikan ani pun ada itingnya jua..,
tekana tangan gatal2 olehnya tu...'

Penulis: Memang air sungai pada hari itu sungguh baik sekali, hasil pancingan udang galah cukup memuaskan. Keadaan air bergerak pasang dengan cuaca yang cukup baik.

Gambar disumbangkan oleh: Rambat Daiwa
@'>,->------------------------------------<-'<,@

Wahai tuan yang bijak bistari,
Lihatlah umpan ku gantung begini,
cubalah teka binatang ini,
manjanya sangat kuat sekali..
<<<<<<<<<>>>>>>>>>

'Apa nahh??? cuba tah ko..pikirkan..' :)

Sunday, March 29, 2009

Ketiga Kalinya Ungah Pantai Serasa

Ikan Ungah Pantai Serasa
28.03.09 (Sabtu), 5 lalu..

'Di waktu petang selalunya
unggah aktif memakan umpan
, walau apa pun..
ia tergantung pada keadaan air dan cuaca..'

Sang Buloh
(episod kedua)

Sang Buloh: 'Aku lah buloh yang dimamah usia..,
berjasa mengikut masa,
pagi.., tengah hari..., petang... dan malam..
berbagai cerita telah ku dengar..,

sembang-sembang para pemacing yang setia
menantikan umpan dimakan ikan..
jika ikan mula memakan umpan,
kerikan yang ada pada ku
akan berputar lalu mengeluarkan bunyi gesiran..'
Alamakk!! gelinya...terasa pada tubuh ku..,
Ceehhhh!! membuatkan i..teparanjat je...
sambil itu aku memerhatikan gelagat si pemacing yang
tegesa-gesa bangun dari duduknya..

raut wajah gembira bila memperolehinya, namun hampa bila disebaliknya..
ada atau tiada mendapat ikan..
aku tetap seperti biasa..,
tiada mendapat sebarang imbalan..

aku redha.., kerana ku tahu... aku cuma sang buloh sepi..'

'Mengcasting..sambil memerhatikan gerakan
ikan dipermukaan air'
"Kalau itu letup..punya bunyi.. itu
selungsong tu..."


'Kita guna set joran casting G.Lomis & Berkley M6..
7, 8 ke 9 kaki panjang

kita.. tak main lama-lama..,
terus lock mati punya..'

'teman setia.., dikala penulis keseorangan..'
Mr.Meow: 'Bro..ironsilk.., mintak.. kembura..plz,
jangan karit dih..., inda belurih lauk karang...'
Ironsilk: ' Meow..jangan tamak bahh..., ko ani mun ku bagi sekilo
kembura pun inda cukup ni..'
Mr.Meow: 'Cehhhhhhhhhh!! inda iklas..!!'

'Ni..mau dimasak asam pedas ni..'

'Berat sekilo tepat, boleh lah..untuk
hidangan malam bersama keluarga..

syukur alhamdullilah'


Penulis: Tak disangka..unggah makan pun diam-diam macam ikan kerapu jua.., semasa menarik tangsi kan memeriksa umpan, rupanya ikan ungah ikut melayang-layang dipermukaan air..., 'adih rupanya ada iaa..., diam-diam ia makan umpan, inda ia meranjat kali ani..' tabiat ikan sememangnya susah hendak diramal.

Wahai ungah yang memakan kembura,
Kembura ku sedia untuk kau rasa,
Rasa gembira tidak terhingga,
Mendapat diri mu buat kali ketiga.
(:------------------------------------:)