Monday, March 16, 2009

Selungsung Pantai Serasa

Ikan Selungsung
Pantai Serasa 'Unggah Garden'
16.03.2009@18.00hrs



Penulis: Bolehlah dikatakan bisdurang ani punya pengalaman dalam mengcasting, kurang dari 30 saat selepas rapala yang berwarna hijau disambar seekor ikan selungsung anggaran lebih kurang 2kilo berjaya dinaikan dengan joran G.Lomis 7 kaki serta dipadankan dengan spool shimano. Mengikutnya, ini adalah kali kedua beliau menaikan ikan selungsung yang serupa ditempat yang sama. Keadaan cuaca diketika itu berangin dan air yang berombak sedikit serta bergerak surut. Sekian cerita ringkas untuk tatapan bersama. Wassalam.

Soalan

Ikan selungsung pandai bernyanyi,
Lagunya panjang tidak berhenti,
Wahai tuan yang bijak bistari,
Apakah ikan yang pandai menari?

Jawapan

Ikan unggah mengintai kembura,
Mengintai kembura diwaktu senja,
Telah ku tilik dan ku duga,
Pasti jawapnya spesis ikan lumba-lumba.
(Dolphin)

@'>,->------<-,<'@

Udang Galah Tutong Lagi..

Udang Galah
Perairan Tutong.
Ahad 15.03.09


Encik Mail dengan udang galah hasil pancingan beliau
'Diam-diam berisi'

Udang galah sulong ni....
'Jangan liat baju ah.., bukan tiga hari ku mengail disana inda
balik kerumah ni..'

'kelurusan putus nyambong putus nyambong ku memakai baju ku atu...'


"Mencek hasil tangkapan kajap.."


Penulis: Dengan berumpankan cacing, udang mati dan jantong ayam, hasil yang diperolehi pada hari itu tidak lah sebanyak pada hari pertama kami memancing sini. Cuma seekor sahaja udang sauh yang diperolehi oleh encik mail, selainnya cuma udang bersais sederhana sahaja. 'nya sibulat bujang masihnya' . Selain udang, ikan bagahak (panggilan disemenanjung malaysia) yang bersaiz kecil juga banyak diperolehi pada hari itu.., keadaan air surut diwaktu pagi, dan pada tengah harinya bergerak pasang. Trip seterusnya insyaallah pada hari khamis 19mac. Sekian wassalam.

Dari bandar kepekan tutong,
Berbekal joran dan juga spool,
Mengail udang berumpankan jantong,
Liat-liat si kawan, karang ada ia timbul.