Saturday, January 5, 2008

Sungai Serasa (Jasra)

Tangkapan diawal Tahun 2008 dikawasan
perairan Sungai Serasa berdekatan JASRA


Ikan Pila-pila
Ikan Pucong Balak

Ketam Suri

Terdapat bangku yang diperbuat daripada
buloh ditebing sungai untuk kemudahan
kepada para pemancing yang berkunjung disini.

Wednesday, January 2, 2008

Ungah Di Akhir Tahun 2007


Unggah Di Akhir Tahun 2007


Teman yang selalu memberikan tunjuk ajar, nasihat dan tips2 yang berguna kepada penulis sewaktu melakukan aktiviti2 memancing. Nasihat2 dan tunjuk ajar beliau sangatlah berguna kepada pemancing2 baru seperti penulis.


Sewaktu memperolehi ikan, kita haruslah mementingkan ciri-ciri keselamatan terlebih dahulu, mengenal pasti jenis ikan yang diperolehi, bagi mengelakan kita terkena kepada anggota2 yang tajam yang ada pada ikan tersebut, pada ketika melepaskan mata kail dari mulut ikan yang bergigi tajam seperti ungah, gunakanlah Pelayar khas pancing untuk mengelakan jari dari terkena gigitan ikan.



2 ekor anak ikan ungah yang diperolehi di unggah garden Pantai Serasa pada 31hb December 2007. Teknik: Mengunakan Kerikan berumpankan keratan ikan kembura. Menalangkan atu jangan jauh2 banar, sadang2 saja berdekatan batu bawah atu :)

Sunday, December 30, 2007

Lokasi Memancing

Borneo Island


Brunei Darussalam
Bandar Seri Begawan, BruneiSungai Brunei

Diantara tempat-tempat yang sering dikunjungi Pemancing:
  1. Berdekatan Kawasan Bangunan Pusat Kesenian BSB
  2. Jeti Putih
  3. Kawasan Bumbungan 12
  4. Hadapan Bangunan Kastam Lama
  5. Yayasan Port View 2
  6. Hujung kawasan letak kerita Yayasan
Aktiviti-aktiviti memancing selalunya dilakukan pada waktu malam, selain daripada memancing terdapat juga beberapa orang yang melakukan aktiviti2 merambat udang, selalunya berdekatan kawasan Bangunan Pusat Kesenian. Udang2 yang diperolehi dihidupkan dan kemudian dijual kepada kaki pancing untuk dijadikan umpan pancingan. Harga yang dikenakan adalah mengikut saiz dan jumlah udang tersebut.

"jika para pembaca mempunyai cerita2 sejarah tempat2 memancing, jenis2 ikan yang pernah diperolehi, umpan yang digunakan dan teknik pancingan yang berkesan adalah dialu-alukan untuk mengirimkan cerita awda ke email ironsilk2007.@hotmail.com." Terima Kasih (,")

Brunei-Muara District
Jambatan Kg.Sg Matan & Jambatan Queen
Mukim Kota Batu
Pantai Tungku B.S.B
Pantai Jerudong
Pekan TutongSungai Tutong

Rajah-rajah diatas menunjukan sebahagian daripada tempat-tempat yang selamat, sesuai dan menarik untuk melakukan sebarang aktiviti-aktiviti memancing atau merambat yang terdapat di Negara Brunei Darussalam.

Click on the map to enlarge